Hari Terakhir Ramadhan



Hmm...dah lama x updated blog ni..kemalasan tahap dewa buluh kasap selang 4 baris kuasa tahap puaka tebing biru telah melanda daku....kalu nk BEST sikit aku akan ckp "aku sedang dilanda Blues x Update blog"...baiklah..Ramadhan bakal melabuhkan tirainya hari ini...ramai pasti akan bersedih kerana bulan Ramadhan yakni bulan yang penuh rahmat dan pengampunan buat umat Islam di mana pintu NERAKA di tutup serapat2 rapatnye dan Pintu Syurga Di buka Seluas-luasnya...dan doa di berkati dan pengampunan di beri tapi kene ikut terma dan syarat Nya lah....kalu wat dek je..pose x..solat x..zakat x bayar,senang cite dok wat dose je...x dapek de nk nolong...puase aku tahun nie x tahulah berkualiti ke x..kene lak byk kije shift malam..balek kije pagi ..pastu tido...bgn lak dh petang...kalu x tido kang maw miong kepala aku..rase lapar kurang..mata,telinga,tgn + semua panca indera aku sudah tentu terpelihara dpd bende yg bukan2..belah siang je lah....huhu...apeda main2...Besok dah Raya....aku cuti thn ni sehari je..Raya pertama je..nasib baik mak bapak aku x kata pape..dorg paham kot....hehe...bazar ramdhan tahun nie boleh di katakan aku kurang pergi ah..tp badan aku still mantain gedabak....dalam kurungan, segak bergaya...aktivit tangkap gambar pon dah kurang...malas le katakan...gamba utk posting nie pon yg tahun lepas nye..gambar Bazzar je yg ade..kire ade kene mengena sket ngan Bulan Ramadhan kan?hekhekhek...hantam sajalah be...Ok,di kesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI serta MAAF ZAHIR dan BATIN kepada seluruh umat Islam seantero Dunia x kira lah sama ada kenal aku ke x..sume tu x penting..heheh...aku jgk nk minta maaf jika ada mengeluarkan kata-kata yang x sepatutnya..dlm erti kata lain "KASAR",perilaku yang sepatutnya aku lakukan, dan jgk minta di halalkan apa yg aku dh ter makan dan ter minum...dan kepada org2 byk memberi manfaat kepada diri aku..aku ucapkan berbyk terima kasih..dan hanya Allah yg dapat membalas jasa baik anda... azam aku lepas nie nk rajen sikit update blog...post byk gambar2 baru le org tgk pon x menyampah..."nie x...asyek2 bile bkk blog je posting pasal oink2 nye selsema..x de posting terbaru ke?"(budget cm ramai je traffic ke blog ni)...berjumpa lgk di posting yang akan dtg...sekian,aku sudahi dengan tanda noktah di penghujung ayat.

Persediaan menghadapi Ramadhan al-Mubharak.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini,Di kesempatan ini  saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga kita dapat memperbanyakkan amalan untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T.Jgn ponteng puasa yea...hehehe...saya juga ingin berkongsi artikel mengenai

Persediaan menghadapi Ramadhan al-Mubharak.


RAMADAN adalah antara bulan yang mulia, kerana terdapat di dalamnya beberapa pengajaran yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim bagi mempertingkat hubungan dan memperkasa diri sebagai muslim sejati di sisi Allah SWT seperti berlakunya perang Badr Kubra yang terjadi pada bulan Ramadan.

Ini membuktikan bahawa bulan Ramadan khususnya dari pelaksanaan ibadat puasa bukan penghalang untuk mencapai matlamat kejayaan dari apa yang dirancang oleh mereka yang mahukan kejayaan.

Ramadan juga memberi peluang kepada hamba-hamba Allah untuk mendapatkan sebanyak mungkin koleksi pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Justeru, setiap kali menjelang Ramadan, amat malang jika kita tidak merebut peluang untuk menambahkan ketakwaan, kerana matlamat berpuasa adalah untuk menjadi golongan hamba yang bertakwa.

Apa sebenar definisi takwa? Perkara ini telah dihurai oleh Saidina Ali Bin Abi Talib k.w.j. Takwa itu ialah takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan al-Quran, reda dengan sedikit yang ada pada diri dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.


MOTIVASI NABI MENJELANG RAMADHAN

Salman al-Farisi berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Sumber daripada HarakahDaily.net

Koleksi Gambar HitamPutih





Sila klik di sini untuk melihat slide show gambar di atas.

Jalan-jalan Tangkap Gambar on My Birthday

Aku kembali menTangkap Gambar setelah sekian lame...chewah..cambagus je...gambar ini di Tangkap semasa menyambut gue nye hari lahir dekat Bukit Tinggi,Pahang dan ronda2 ke mana yang kitorg suka..Aku Still blom reti guna Manual setting utk My alpha 350...adoyai..gi kelas belaja tangkap gambar malas...hehe..kepada yg membaca..if there any lah...selamat menatap gambar2 yg telah aku tangkap...kalau ada komen sile kan..teruskan niat anda...x de hal...Peace.


Sila klik di sini untuk melihat slide show gambar di atas

Gamba Besday Cik Chun @manjung,lumut+p.pangkor


Gambar Full still dlm proses re-edit...

Majlis Perkahwinan Anna Mafiza dan Norkhairi

Ini adalah merupakan panggilan pertama aku sebagai Tukang tangkap Gambar Kahwin.Aku x lah sampai jdk Tukang Tangkap yg Official...Saiful nang dr Candidsyndrome merupakan Tukang tangkap Gambar Kahwin Yg Official.Aku tempelan je.Berangan je boleh ah...mane nk dpt org panggil aku as Tukang Tangkap Gambar Kahwin dorg..X dapek de jet..Kene lak aku nye capaian Amatur ke Bwh..huhu...Terima kasey di ucapkan kepada pasangan pengantin sebab sudi panggel aku Tangkap Gambar dorg dan Thanks juak kepada Cik Chun sbb bgk sokongan TIME nk Tangkap Gambar Kahwin...Oleh yg demikian di persilakan utk kalian tatap..kalau ada yang sudi lah..



Sila klik si sini untuk melihat slide show gambar ini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin